Sunday, January 31, 2010

Pengenalan & Matlamat Syarikat

Pengenalan
SA & HA CATERING & FOOD SERVICES adalah sebuah syarikat yang mengendalikan penyajian masakan melayu Islam iaitu daripada dapur ke sesebuah majlis. SA & HA juga layak untuk membekal bahan makanan basah, kering dan yang telah siap dimasak. Layanan yang cekap dan professional kepada sesebuah organisasi atau pihak-pihak yang memerlukan perkhidmatan dari makanan yang kami sediakan.
SA & HA ditubuhkan kecil-kecilan pada tahun 1997 dan telah didaftarkan pada 14 Januari 2001, dan diterajui sepenuhnya oleh En Hashim bin Mohd Salleh yang bertindak sebagai Pengarah Urusan dan Chief Chef yang bertauliah. Dengan dibantu oleh Puan Sarina Binti Marion bertindak sebagai Pengurus. SA & HA juga didaftarkan di Kementerian Kewangan dan mempunyai taraf bumiputera yang melayakkan syarikat ini menjadi pembekal kontraktor makanan dan minuman kepada Kementerian, Jabatan kerajaan, organisasi separuh kerajaan dan syarikat swasta serta persendirian.
Dibantu oleh pekerja-pekerja yang berkomitmen yang tinggi, SA & HA sudah berusia hampir 10 tahun lebih, telah mendapat saingan daripada syarikat-syarikat yang tersedia ada. Dengan kepercayaan dan sokogan yang diberikan oleh para pelanggan, kami percaya syarikat kami akan menjadi sebuah syarikat yang terus maju dengan harga yang berpatutan megikut piawaian yang telah diiktirafkan oleh kerajaan.
Sekian. Terima kasih.


Objektif & Matlamat Syarikat
SA & HA adalah sebuah syarikat yang mementingkan kualiti perkhidmatan makanan dan minuman. Dan bertangungjawab di atas sesebuah majlis makanan dan minuman yang telah diberi kepercayaan oleh pihak pelanggan kami. Pihak kami juga mengenakan harga yang berpatutan bagi setiap hidangan yang ditawarkan oleh pelanggan atau yang dicadangankan oleh pihak kami. Prinsip kami, mengenakan harga berpatutan, hidangan makanan yang berkualiti, menjaga kebersihan serta bertanggungjawab di atas majlis yang diberi kepercayaan.

No comments:

Post a Comment


MY Photos