Monday, December 29, 2008

PENGENALAN

SA & HA CATERING & FOOD SERVICES adalah sebuah syarikat yang mengendalikan penyajian masakan melayu Islam iaitu daripada dapur ke sesebuah majlis. SA & HA juga layak untuk membekal bahan makanan basah, kering dan yang telah siap dimasak. Layanan yang cekap dan professional kepada sesebuah organisasi atau pihak-pihak yang memerlukan perkhimatan dari makanan yang kami sediakan.

SA & HA ditubuhkan kecil-kecilan pada tahun 1997 dan telah didaftarkan pada 14 Januari 2001.dan diterajui sepenuhnya oleh Hashim bin Mohd Salleh yang bertindak sebagai Pengarah Urusan dan Chief Chef yang bertauliah. Dengan dibantu oleh Sarina Binti Marion bertindak sebagai Pengurus. SA & HA juga didaftarkan di Kementerian Kewangan dan mempunyai taraf bumiputera yang melayakkan syarikat ini menjadi pembekal kontraktor makanan kepada Kementerian, organisasi separuh kerajaan dan swasta serta persendirian.

Dibantu oleh pekerja-pekerja yang berkomitmen yang tinggi, SA & Ha sudah berusia hampir 10 tahun, sudah mendapat saingan daripada syarikat-syarikat yang tersedia ada.

Dengan kepercayaan dan sokogan yang diberikan oleh para pelanggan, kami percaya syarikat kami akan menjadi sebuah syarikat yang terus maju dengan harga yang berpatutan megikut piawaian yang telah diiktirafkan kerajaan.

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment


MY Photos